Asal -Usual Bahasa Melayu
Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.
Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:
1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.
Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.
2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.
3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.
4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.
Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.
Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.
Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)
Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.
Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro
Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi.
Keturunannya orang Melayu di Malaysia
Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.
Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.
Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.
Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.
Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.
Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.

RAJAH 1.1
DASAR DAN
KEDUDUKAN MELAYU
Polemik tentang status dan kedudukan bahasa Melayu sering kali berlaku dan tidak putus-putus mengalami tamparan dan bual bicara daripada pelbagai pihak. Bahasa Melayu atau juga dikenali sebagai bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan negara tersebut yang mengikuti piawaian ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa Malaysia ini lebih daripada 80% kognitif dengan Bahasa Indonesia dan dituturkan secara asli oleh lebih daripada 10 juta penutur. Bahasa Malaysia dituturkan sebagai bahasa kedua oleh 18 juta orang, sebahagian besar daripada etnik minoriti negara Malaysia. Namun begitu, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, jelas menyebut bahawa: "Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu, ini membuatkan jenama bahasa Malaysia itu belum apa-apa lagi sudah dipersoalkan walaupun bahasa Melayu dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan sejak tahun 1957. Ia juga sudah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas kepada pembentukan Persekutuan Malaysia yang merdeka.
Namun, selepas lebih daripada 50 tahun negara tersebut merdeka, penggunaan bahasa kebangsaan masih menjadi isu dan polemik yang tidak berkesudahan. Paling menyedihkan apabila ada kajian menunjukkan terdapat generasi muda daripada kaum Cina yang tidak tahu berbahasa Melayu. Malah lebih banyak jawatan negara tersebut yang antaranya memerlukan kefasihan dalam bahasa Cina dan Inggeris berbanding bahasa Melayu dalam sektor swasta.Populasi masyarakat berbangsa Cina Malaysia mengikut keputusan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 hanya 24.6% daripada keseluruhan penduduk rakyat Malaysia berjumlah 28.3 juta orang. Sebahagian besar daripada penduduk negara tersebut iaitu 67.4% adalah daripada kalangan kaumMelayu dan Bumiputera yang rata-rata daripada mereka menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda.
Daripada
Wikipedia, ensiklopedia bebas.
STATUS DAN
FUNGSI BAHASA MELAYU
FUNGSI BAHASA
MELAYU
•Sebagai Bahasa Kebangsaan
•Sebagai Bahasa Rasmi
•Sebagai Bahasa Perpaduan
•Sebagai Bahasa Pengantar
•Sebagai Bahasa Ilmu
•Sebagai Bahasa Komunikasi
BAHASA KEBANGSAAN
•Bahasa kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan identiti kebangsaan sesuatu bangsa atau negara secara unik.
•Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang diangkat menjadi bahasa utama sesebuah negara yang berdaulat dan lazimnya digunakan sebagai bahasa rasmi negara tersebut.
•Bahasa tersebut merupakan lambang jati diri negara dan kewarganegaraan, bukti tentang kedaulatannya yang membolehkan sesebuah negara berdiri sama tinggi dan
duduk sama rendah dengan negara berdaulat yang lain.
•Bahasa kebangsaan biasanya digunakan untuk wacana politik dan undang-undang dan ditetapkan di dalam sesebuah kerajaan.
•Bahasa kebangsaan boleh menjadi bahasa rasmi tetapi tidak semestinya. Bahasa kebangsaan juga mungkin berbeza dengan bahasa yang umum digunakan rakyat
sesebuah negara.
•Semua negara yang berdaulat mempunyai bahasa kebangsaan sendiri. Misalnya, Bahasa Melayu diMalaysia, Bahasa Inggeris di United Kingdom, Bahasa Perancis di Perancis, Bahasa Jepun di Jepun, danBahasa Jerman di Jerman.
•Sesetengah negara mempunyai lebih dari satu bahasa kebangsaan.
•Contoh negara Kanada yang menggunakan bahasa Perancis dan Inggeris sebagai bahasa kebangsaannya.
BAHASA RASMI
•Bahasa yang digunakan dalam perhubungan rasmi, seperti dalam ucapan rasmi dan surat-menyurat.
•Biasanya, bahasa kebangsaan sesebuah negara turut berfungsi sebagai bahasa rasmi.
•Tetapi di Singapura, walaupun bahasa kebangsaannya ialah Bahasa Melayu, tiga bahasa lain turut diisytiharkan sebagai bahasa rasmi, menjadikan jumlah bahasa rasminya empat iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.
BAHASA
PENGANTAR
•Bahasa Melayu sekian lama telah menjadi bahasa pengantar di sekolah, maktab, politeknik dan universiti.
•Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan kemuncak bagi menentukan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar ilmu
pengetahuan.
•Sehingga kini, universiti itu telah melahirkan ratusan ribu siswazah yang menerima pendidikan dalam Bahasa Melayu. Ratusan tesis dan disertasi pada peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran ditulis dalam Bahasa Melayu,dan puluhan, malahan ratusan, profesor telah menyampaikan syarahan perdana tentang pelbagai ilmu
dalam Bahasa Melayu.
•Semua perkara ini tidak terhad kepada orang Melayu sahaja, tetapi melibatkan semua kaum yang menjadi warganegara Malaysia.
•Tidak syak lagi bahawa Bahasa Melayu telah membuktikan kejayaan dan keupayaan sebagai bahasa ilmu, bahasa bagi wahana ilmu pengetahuan dalam
pelbagai bidang.
BAHASA PERPADUAN
Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan merupakan senjata paling ampuh dalam merealisaikan konsep 1 Malaysia. Perpaduan atau solidariti dapat ditafsirkan sebagai satu proses yang menyatupadukan rakyat dan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Kamus Dewan (1994) mendefinisikan perpaduan sebagai penggabungan, pelaburan penyesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Oleh itu, dapatlah diertikan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan ialah bahasa yang menjadi lambang penyatuan suara yang digunakan sebagai alat perhubungan di dalam lingkungan satu kelompok manusia yang berfungsi sebagai alat menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dalam sesebuah negara.
BAHASA ILMU
•Bahasa Melayu tetap mempunyai peranan sebagai bahasa ilmu dalam dunia abad ke-21. Namun, kejayaan Bahasa Melayu dalam tugas ini amat bergantung pada
kesediaan pengamal Bahasa Melayu untuk menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa ilmu.
•Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan moden akan tetap kekal walaupun tidak dinafikan bahawa di negara ini, Bahasa Inggeris turut berfungsi sebagai bahasa untuk menimba ilmu.
•Keadaan ini tidak bercanggah kerana sudah menjadi dasar pendidikan negara untuk menghasilkan pelajar yang dwibahasa sifatnya
Itulah sebabnya Bahasa Inggeris diperkenalkan sebagai mata pelajaran sejak tahun satu sekolah rendah supaya pelajar menerima pendidikan Bahasa Inggeris selama 11 tahun dan sepatutnya telah menguasai bahasa tersebut dengan baik.
•Jika rasa megah terhadap Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tidak ada dan jika semua pihak lebih selesa menggunakan Bahasa Inggeris, lama-kelamaan fungsi
Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan berkurangan.
•Tetapi, kerana orang Melayu memang optimistik sifatnya, berdasarkan kejayaan Bahasa Melayu dalam 30 tahun yang lalu, potensi yang ada bagi Bahasa
Melayu untuk kekal sebagai bahasa ilmu amat cerah.
BAHASA KOMUNIKASI
•Bahasa Melayu telah menjadi bahasa komunikasi atau bahasa perhubungan di antara rakyat jelata kerana bahasa itu dapat dipelajari dengan senang dan telah
sekian lama menjadi lingua franca penduduk kawasan ini.
•Rakyat jelata yang dimaksudkan ialah masyarakat biasa, bukan golongan elit yang, oleh sebab sifat dwibahasa mereka, lebih selesa menggunakan bahasa campuran (Melayu-Inggeris).
•Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa perhubungan rakyat jelata.•Maka, fungsi pembinaan jati diri akan tetap dimainkan oleh bahasa itu kerana pembinaan jati diri mempunyai ikatan yang erat dengan emosi
BUDAYA DAN
BAHASA
PERANAN bahasa sangat penting dalam mengeratkan perpaduan kaum. Bahasa yang baik dan berilmu akan menjadi bahasa pengantar, bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan seperti bahasa Melayu kepada sesebuah negara seperti Malaysia. Begitu juga peranan budaya dapat mengeratkan perpaduan kaum.
Justeru, bahasa Melayu sebenarnya sudah lama mampu dan berfungsi sebagai peranannya dalam menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini.
Di sekolah murid diajar menulis dan bercakap serta berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Melayu, di samping bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa penerokaan ilmu.
Tidak ada kelebihannya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris setiap hari sama ada di rumah atau di tempat kerja. Malah tiada kekurangan pun jika berbahasa Melayu di rumah dan juga di tempat kerja dan di majlis rasmi.
Bahasa Melayu lebih hebat dan indah kerana mempunyai kesantunan dan keindahan melalui pantun, peribahasa dan kata-kata hikmat.
Apa yang paling penting, para pengguna bahasa tidak mencampuradukkan kedua-dua bahasa dalam percakapan seharian. Ini diibaratkan seperti "Sekerat ular dan sekerat belut" yang boleh merosakkan bahasa terutama bahasa Melayu.
Manakala budaya juga dapat mengeratkan pelbagai kaum dalam kepelbagaian budaya di sesebuah negara. Setiap rakyat di negara ini yang memahami budaya kaum-kaum lain akan menghormati budaya dan adat resam mereka.
No comments:
Post a Comment