TOPIK 2:SEBUTAN (PRINSIP SEBUTAN)
SEBUTAN DAN
INTONASI
1.0
Pengenalan
Dalam tajuk ini, pelajar
akan diperkenalkan dengan sistem sebutan iaitu prinsip apa yang digunakan untuk
membunyikan perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu.
2.0
Hasil
Pembelajaran
Di akhir pengajian,
pelajar akan:
2.1 Memahami prinsip-prinsip sebutan perkataan
dalam bahasa Melayu.
2.2 Boleh membunyikan perkataan-perkataan
Melayu dengan betul mengikut prinsip-prinsip ejaan Bahasa Melayu.
3.0
Senarai
Tajuk
3.1
Prinsip sebutan
3.2
Sebutan Huruf vokal
3.3
Sebutan huruf konsonan
3.4
Sebutan gugus konsonan
3.5
Sebutan huruf diftong
4.0
Istilah
4.1 Vokal
Vokal
ialah bunyi. Huruf vokal ialah huruf yang mempunyai bunyi, dan boleh memberikan
bunyi pada huruf konsonan.
4.2 Konsonan
Konsonan
ialah huruf lain yang bukan huruf vokal.
4.3 Diftong
Bunyi baru
yang dihasilkan akibat dari geluncuran bunyi atau gabungan dua huruf vokal yang
berbeza.
4.4 Gugus
Konsonan
Gabungan
dua huruf konsonan yang memberi bunyi baru yang berbeza.
4.5 Suku
kata
Bahagian
perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Ditandai oleh suatu vocal dan wujud
sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan.
5.0
Tajuk
5.1
Prinsip
Sebutan
5.1.1 Persembahan
Sebutan
dalam bahasa Melayu adalah berasaskan sistem sebutan baku. Baku
bermakna standard atau piawai. Sistem baku
bermakna perkataan dibunyikan seperti mana ia dieja. Bagaimana sesuatu
perkataan itu dieja, begitulah cara dia disebutkan (atau dibunyikan).
Penggunaan
system baku
bermakna pemakaian bunyi ejaan adalah sama sahaja di mana-mana bahagian di
seluruh negara.
Oleh
kerana sebutan perkataan adalah berdasarkan ejaan, maka pelajar perlu tahu
empat kumpulan asas huruf-huruf dalam bahasa Melayu supaya dapat membunyikan
perkataan (atau menyebut perkataan) dengan betul.
Sistem
ejaan bahasa Melayu terbahagi kepada empat jenis iaitu:
(i)
Huruf
vokal:
a, e, ě, i, o, u
(ii)
Huruf
diftong:
ai, au, oi
(iii)
Huruf
konsonan:
huruf selain huruf vokal
(iv)
Huruf
konsonan gabungan: gh, kh, ny, ng, sy
5.1.2 Aktiviti
Gunakan Google
untuk mencari maklumat tentang system bahasa baku.
5.2 Huruf vokal
5.2.1 Persembahan
Dalam bahasa Melayu ada enam fonem atau bunyi vokal
standard iaitu
a,
e, ě, i, o, u
Huruf
vokal ini juga disebut ‘huruf hidup’ atau ‘huruf saksi’. Ini kerana huruf-huruf
vokal ini mempunyai bunyi dan boleh juga member bunyi kepada huruf-huruf
konsonan.
Bunyi
vokal dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Udara dari paru-paru keluar
melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit. Bunyi ini hanya
dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir.
Terdapat
dua jenis ‘e’ dalam kumpulan huruf vokal, iaitu e pepet (contoh: emak, peta, semak, lemak, ketuk, beruk) dan ě taling
(contoh: teko, petak, sate).
Huruf
|
Fonem
|
Di depan
|
di tengah
|
di belakang
|
a
|
[a]
|
a-pi
|
pa-di
|
ki-ta
|
e (pepet)
|
[ə]
|
e-mak
|
se-na
|
pris-me
|
e (taling)
|
[e]
|
e-nak
|
pe-tak
|
tau-ge
|
i
|
[i]
|
i-tu
|
sim-pan
|
si-ni
|
o
|
[o]
|
o-leh
|
ko-ta
|
pi-da-to
|
u
|
[u]
|
u-sik
|
tu-nas
|
si-ku
|
Sesalahan sebutan sering berlaku dalam sebutan vokal
/u/. Dalam perkataan ‘unik’ misalnya kerap kali disebut ‘yu-nik’. Lihat contoh
di bawah:
Perkataan
|
Sebutan salah
|
Sebutan betul
|
Unik
|
yu-nik
|
u-nik
|
Unit
|
yu-niy
|
u-nit
|
Universiti
|
yu-ni-ver-si-ti
|
u-ni-ver-si-ti
|
5.2.1
Aktiviti
Sila hafal kesemua huruf vokal dalam sistem ejaan
bahasa Melayu dan bezakan bunyi untuk setiap satu huruf vokal tersebut.
5.3 Huruf Konsonan
5.3.1
Persembahan
Huruf
konsonan ialah semua huruf selain dari huruf vokal. Huruf konsonan berjumlah 21
huruf.
Bunyi
konsonan dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan
aliran udara dari paru-paru menjadi terganggu, dengan cara disekat atau
dihalang dan udara keluar melalui rongga mulut atau tongga hidung.
Contoh:
b, c, d, f, g, h, j, k, l, m, n, p, q, r, s, t, v, w, x, y, z.
Terdapat
tiga konsonan yang hanya digunakan untuk perkataan pinjaman iaitu konsonan q, konsonan v
dan konsonan x. Tiada istilah asal bahasa Melayu yang menggunakan
konsonan-konsonan ini.
Bunyi
konsonan /q/ hamper sama dengan bunyi konsonan/k/.
Bunyi
konsonan /x/ hampir sama dengan bunyi konsonan /z/.
Perhatikan
contoh-contoh di bawah:
Contoh:
Konsonan Q
|
Konsonan V
|
Konsonan X
|
bu-raq
qa-dak
qa-dar
qur-an
wu-quf
|
ver-si
vi-ta-min
vo-ka-si-o-nal
re-vo-lu-si
sub-ver-sif
|
xe-no-lit
xe-no-mof
xi-lo-fon
xi-lo-faj
xe-ro-fit
|
Dalam bahasa Melayu ada 20 fonem konsonan yang
dilambangkan oleh 21 huruf, seperti rajah di bawah:
Bunyi
|
Huruf
|
di depan
|
di tengah
|
di belakang
|
/b/
/c/
/d/
/f/
/g/
/h/
/j/
/k/
/l/
/m/
/n/
/p/
/q/
/r/
/s/
/t/
/v/
/w/
/y/
/z/
|
b
c
d
f
g
h
j
k
l
m
n
p
q
r
s
t
v
w
y
(i)
Z
(ii) x
|
buka
cakap
dua
fakir
guna
hari
jalan
kami
lekas
maka
nama
pasang
Qur’an
raih
sampai
tali
vitamin
wanita
yang
zaman
xenon
|
sebut
kaca
ada
tafsir
tiga
saham
manja
paksa
alas
kami
anak
apa
wuquf
bara
asli
mata
universiti
hawa
payung
lazat
-
|
adab
Mac
abad
maaf
beg
tuah
kolej
katak
kesal
diam
daun
siap
buraq
putar
lemas
rapat
-
-
-
Lafaz
-
|
5.3.2 Aktiviti
Tuliskan
sebanyak mungkin perkataan-perkataan yang menggunakan huruf konsonan V, X dan
Q. Cuba
fikirkan kenapakah tidak ada perkataan asal Melayu yang menggunakan huruf vokal
V, X dan Q? Hantar jawapan anda melalui email.
5.4 Gugus konsonan (konsonan gabung)
5.4.1
Persembahan
Gugus
konsonan ialah gabungan dua huruf konsonan yang melambangkan satu bunyi
konsonan yang baru. Apabil digabungkan, konsonan pertama dan konsonan kedua
akan kehilangan bunyi asalnya. Bunyi baru yang terhasil adalah bunyi baru.
Contoh:
Bunyi
|
Huruf
|
Di depan
|
di tengah
|
di belakang
|
/ğ/
|
gh
|
ghaib
|
maghrib
|
Mubaligh
|
/x/
|
kh
|
khusus
|
Akhir
|
Tarikh
|
/ŋ/
|
ng
|
ngilu
|
angin
|
Pening
|
/ń/
|
ny
|
nyata
|
hanya
|
-
|
/ś/
|
sy
|
syarat
|
isytihar
|
Quraisy
|
Dalam
contoh di atas, bunyi perkataan ‘khusus’ bukanlah disebut ‘k-h-u-sus’ (4 suku
kata) tetapi disebut ‘khu-sus’ (dua suku kata).
5.4.2 Aktiviti
Senaraikan
5 perkataan bagi setiap gugus konsonan /ğ/, /x/, /ŋ/, /ń/ dan /ś/. Bunyikan perkataan-perkataan tersebut.
5.5 Huruf
Diftong
5.5.1
Persembahan
Huruf
diftong ialah gabungan dua bunyi huruf vokal yang berbeza yang disebut dalam
satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah. Gabungan dua huruf vokal yang
berbeza itu akan menghasilkan bunyi baru yang ketiga.
Dalam bahasa Melayu ada tiga fonem diftong yang
dilambangkan oleh gabungan dua huruf seperti dalam rajah di bawah:
Bunyi
|
Huruf diftong
|
di depan
|
di tengah
|
di belakang
|
/ai/
|
ai
|
aising
|
ghairah
|
pandai
petai
tirai
|
/au/
|
au
|
aurat
auto
audit
|
saudara
gaulana
|
harimau
atau
risau
|
/oi/
|
oi
|
oidium
|
boikot
|
amboi
sempoi
konvoi
|
Berdasarkan contoh
di atas, perkataan ‘auto’ disebut ‘au-to’ (dua suku kata) dan bukannya ‘a-u-to’
(tiga suku kata). Bunyi /a/ dan bunyi /u/ digabungkan menjadi bunyi /au/.
5.5.2 Aktiviti
Senaraikan
lima perkataan
lagi selain dari perkataan-perkataan dalam contoh di atas, yang mempunyai huruf
difrong di akhir perkataan.
5.6
Suku
kata
5.6.1
Persembahan
Suku
kata ialah pembahagian unit bunyi
dalam sebutan Melayu untuk setiap perkataan. Unit bunyi ini dihasilkan oleh
sekurang-kurangnya satu huruf vokal, atau gabungan satu huruf vokal dengan satu
huruf konsonan. Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu boleh terbentuk dari satu
suku kata hingga enam suku kata.
Contoh:
Perkataan
|
Jumlah suku kata
|
Contoh suku kata
|
Eh
|
1
|
(1)eh
|
Engkau
|
2
|
(1)eng
(2)kau
|
Ketawa
|
3
|
(1)ke
(2)ta (3)wa
|
Implikasi
|
4
|
(1)im
(2)pli (3)ka (4)si
|
Keselarasan
|
5
|
(1)ke
(2)se (3)la (4)ras (5)an
|
kebarangkalian
|
6
|
(1)ke
(2)ba (3)rang (4)ka (5) li (6)an
|
Berdasarkan
contoh di atas, perkataan ‘engkau’ mempunyai dua unit bunyi iaitu /eng/ dan
/kau/. Perkataan implikasi pula mempunyai empat unit bunyi iaitu /im/pli/ka/
dan /si/
5.6.2 Aktiviti
Senaraikan
perkataan-perkataan yang mempunyai 5 suku kata. Gunakan Google untuk mencari
sekiranya ada perkataan Melayu yang mempunyai tujuh suku kata.
6.0
Ringkasan
6.1
Sistem bunyi adalah perkara asas dalam
pengajian bahasa Melayu.
6.2
Bunyi dalam perkataan Melayu dihasilkan
oleh empat jenis iaitu huruf vokal, huruf konsonan, huruf diftong dan gugus
konsonan.
6.3
Huruf vokal ialah huruf yang mempunyai
bunyinya sendiri dan boleh memberi bunyi kepada huruf konsonan bila keduanya
bergabung.
6.4
Huruf konsonan ialah semua huruf yang bukan
jenis huruf vokal.
6.5
Diftong ialah gabungan dua huruf vokal yang
berbeza yang menghasilkan bunyi baru.
6.6
Gugus konsonan ialah gabungan dua konsonan
yang menghasilkan bunyi yang tidak sama seperti konsonan asal.
6.7
Suku kata ialah unit bunyi dalam perkataan
Melayu. Setiap perkataan dalam bahasa Melayu mempunyai sekurang-kurangnya satu
suku kata. Ada
perkataan yang boleh mempunyai 6 suku kata.